RSS

Kek Epal

Kek Epal
Hari ni jom kita buat Kek Epal.

Bahan-bahannya

Untuk Kek:

1/4 cawan butter, dilembutkan pada suhu bilik
3/4 cawan gula perang
1 biji telur saiz L
1/4 cawan sour cream
1/4 cawan vanilla yogurt
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan tepung serbaguna
3/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
2 cawan epal, didadu

Untuk Topping:

1/4 cawan gula perang
1/4 cawan tepung serbaguna
2 sudu besar butter
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis


Cara-caranya:-

1. Panaskan oven ke 180ºC. Gris, tepungkan dan lapik dengan kertas minyak loyang empat segi saiz 8 inci.

2. Pukul 1/4 cawan butter dan 3/4 cawan gula perang sampai kembang. Masukkan telur sambil pukul. Masukkan sour cream, vanilla yogurt dan esen vanilla dan pukul sampai sebati.

3. Dalam bekas lain campur dan gaul 1 cawan tepung, 3/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis, baking soda dan garam. Masukkan bahan ke dalam campuran butter dan pukul hingga sebati. Masukkan epal dan gaul. Masukkan bahan ke dalam loyang.

4. Bakar selama 35 ke 40 minit atau sehingga cake tester keluar bersih bila dicucuk kat tengah kek. Sejukkan kek.

5. Campur 1/4 cawan gula perang, 1/4 cawan tepung, 2 sudu besar butter dan 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis dalam mangkuk dan kacau guna garfu sampai jadi macam serbuk kasar. Renjiskan bahan atas kek sebagai topping.

Selamat mencuba kek epal ni...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Kek Vanilla

Kek Vanila


Kek Vanila ni adalah kek ringan dan gebu kerana ia dibuat menggunakan kaedah "creaming method". Sebelum kita mulakan, saya nak kongsikan sesuatu dulu. Jika kita nak kek kita bnaik dengan sempurna gunakan baking powder dan baking soda yang fresh, jangan yang dah beli berbulan-bulan.

Bahan-bahannya:-

2 2/3 cawan tepung serbaguna
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh ​baking soda
1 sudu teh garam
1 buku unsalted butter (dibiarkan pada suhu bilik)
1 3/4 cawan gula caster
2 sudu teh esen vanilla
4 telur saiz L
1 cawan susu segar


Cara-caranya:-

1. Panaskan oven hingga 180ºC.
2. Gris dengan butter dan lapik loyang 9 inci dengan kertas minyak.
3. Dalam mangkuk ayak tepung, baking powder, baking soda dan garam dan letak tepi.
4. Dalam mangkuk lain pukul butter dengan kelajuan perlahan sehingga kembang.
5. Tambah gula dan esen vanilla dan pukul pada kelajuan sederhana hingga kembang (lebih kurang 10 minit).
6. Tambah telur satu persatu. Pukul lagi 5 minit sehingga dia jadi ringan dan lembut.
7. Tambah 1/4 bahagian campuran kering sambil pukul. Bila dah sebati campur 1/3 bahagian susu. Ulang sampai habis.
8. Tuang campuran ke dalam loyang dan hentak loyang untuk menghilangkan gelembung udara.
9. Bakar selama 30 ke 35 minit atau sehingga cake tester yang dicucuk ditengah kek keluar bersih.
10. Sejukkan kek dan boleh buat frosting jika mahu.

Itulah resepi kek vanilla. Cuba yek...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Black Forest Cake

Black Forest Cake
Hari ni saya nak kongsikan resepi Black Forest Cake. Kek ni berperisa coklat dan dilapisi frosting dan buah ceri. Bahannya agak mahal. Tapi kalau beli bulk, macam cream cheese dan butter, boleh dapat murah sikit. Kalau sapa-sapa yang daripada Ipoh, boleh cari bahan kat Kedai Kek Wah Seng terletak kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Greentown.

Bahan-bahannya:

Untuk lapisan kek:
  • 1½ cawan gula pasir
  • 1 cawan tepung serbaguna
  • ½ cawan tepung kek
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1½ sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • ½ sudu teh garam
  • 1 cawan unsalted butter, dilembutkan pada suhu bilik
Unsalted Butter
  • 4 biji telur saiz L
  • 1 cawan plain yogurt
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh esen almond

Untuk filling:
  • 3 cawan ceri segar, buang biji dan potong 2
  • ¼ cawan jem raspberry
  • 1 sudu teh esen almond, bahagi 2
  • 28 gram cream cheese, dilembutkan pada suhu bilik
  • 1 cawan gula icing
  • 2¾ cawan heavy cream sejuk
  • 1 sudu teh esen vanilla

Untuk hiasan atas:
  • ¼ cawan heavy cream
  • 56 gram coklat masak, cincang halus
  • 2 sudu besar maple syrup (ada jual kat Tesco)
Maple Syrup
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • ceri segar
  • gulungan coklat*
  • gula icing

Cara-caranya:

Untuk buat lapisan kek:
1. Panaskan oven ke 180ºC.
2. Griskan 3 biji loyang 8 inci dan lapik dengan kertas timah.
3. Pukul gula, tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam dalam mangkuk.
4. Potong butter kecil-kecil dan masuk dalam campuran. Gaul dengan kelajuan paling perlahan sampai campuran jadi macam pasir lembab (30 saat ke 1 minit).
5. Campur telur satu persatu sambil pukul dengan rata.
6. Masukkan yogurt, esen vanilla dan almond dan pukul selam 60 ke 90 saat.
7. Bahagikan campuran kepada 3 bahagian dan masukkan ke dalam loyang-loyang. Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak. Cake tester yang dicucuk kat tengah kek akan keluar bersih bila kek dah masak.
8. Sejukkan dan masukkan filling di antara kek dan sejukkan dalam peti ais.

Untuk buat filling:
1. Gaul rata ceri, jem dan ½ sudu teh esen almond dalam mangkuk.

Untuk buat frosting:
1. Pukul cream cheese dan gula icing dalam mangkuk lain dengan kelajuan sederhana sampai gebu.
2. Kurangkan kelajuan ke paling perlahan dan tuang heavy cream ke dalam magkuk perlahan-lahan.
3. Tukar kelajuan ke paling laju dan pukul sampai stiff peaks Rujuk sini untuk tahu apa itu stiff peaks.
4. Masukkan esen vanilla dan baki ½ sudu teh esen almond dan gaul rata.

Untuk susun dan hiasan:
1. Letak satu lapis di atas pelapik kek.
2. Susun setengah bahagian ceri segar di atas kek dan sapu 1/3 daripada krim frosting.
3. Letak lapisan kek ke 2 dan ulang no 2, kemudian letak lapisan kek ke 3 dan ulang no 2.
4. Sapu seluruh kek dengan frosting.
5. Panaskan krim dalam periuk hingga hampir menggelegak.
6. Letakkan coklat cincang dalam mangkuk dan masukkan krim panas dan biar selama 5 minit.
7. Pukul sampai rata campuran krim dan coklat.
8. Masukkan maple syrup dan esen vanilla sambil pukul.
9. Tuang campuran ke atas kek sampai meleleh ke tepi kek.
10. Hias dengan ceri segar, gulungan coklat dan gula icing.

*Untuk buat gulungan coklat, sagat bar coklat dengan pengupas buah.

Itulah resepi Black Forest Cake. Cuba yek...!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cara Buat Kek Chocolate Cheese

Kek Chocolate Cheese
Hari ni saya akan tunjuk cara buat kek chocolate cheese. Kek ni kena bakar dalam oven dan harga nak buat mahal sikit pasal kita kena guna cream cheese.

Bahan-bahannya:-
18 biskut Oreo coklat tanpa krim, dihancurkan (akan dapat lebih kurang 1½ cawan)
2 sudu besar butter, dicairkan
680gram cream cheese, dilembutkan pada suhu bilik
1 cawan gula castor
1 sudu teh esen vanilla
230gram coklat masak, pecahkan, cairkan dan sejukkan
3 telur besar
1½ cawan strawberi segar, hiris atau cincang ikut suka.


Cara-caranya:-
1. Campur biskut Oreo dengan butter dan tekan campuran dalam loyang springform saiz 9 inci.
2. Pukul cream cheese, gula dan esen vanilla dalam mangkuk. Kemudian campur coklat dan gaul hingga rata. Masukkan telur satu persatu sambil pukul dengan kelajuan sederhana. Tuang campuran ke dalam loyang.
3. Bakar dalam oven pada suhu 180°C selama 45 ke 55 minit. Sejukkan sebelum keluarkan tepi loyang.
4. Sejukkan kek dalam peti ais selama 4 jam. Tabur strawberi sebelum hidang.

Itulah cara buat kek chocolate cheese... Try yek!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Kek Oren Bakar

Kek Oren


Hari ni, saya nak lari topik sikit. Hahaha... 

Hari ni saya nak kongsikan bukan resepi kek coklat moist tapi kek oren bakar yang gebu... marbeles kek ni!!!

Bahan-bahannya:-
2 biji oren sunkist disagat dan diperah jus (jangan kecik sangat)
2 cawan tepung bluekey
1 cawan gula castor
4 biji telur besar (pisahkan kuning dengan putih)
1 buku buttercup (dibiar pada suhu bilik)



Cara-caranya:-
1. Pukul butter dengan gula sampai gebu
2. Masukkan kuning telur satu persatu sambil pukul
3. Masukkan kulit oren yang disagat 
4. Masukkan tepung dengan jus oren berselang-seli sampai habis
5. Pukul putih telur sampai "soft peak". Maknanya telur putih akan membentuk macam puncak bukit bila pemukul diangkat. Camni la bentuk dia:-
Telur putih yang telah dipukul menjadi soft peak
6. Campurkan adunan telur putih ke dalam adunan tepung dan gaul rata.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di digris dan dilapik kertas minyak dan bakar pada suhu 180°C selama 30 ke minit. Jangan lupa untuk panaskan oven terlebih dahulu selama 15 minit.

Itulah resepinya. Kek oren bakar ni sangat gebu dan sedap!!! Cuba yek!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Kek Batik Mudah

Kek Batik mudah dibuat
Hari ini saya akan kongsikan resepi kek batik mudah. Kek ni tak payah bakar macam buat kek biasa dan tak guna tepung.

Bahan-bahannya:-
Biskut marie (patah 2)
1 buku butter
2 cawan serbuk milo
2 sudu besar serbuk koko
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla



Cara-caranya:
1. Cairkan butter dalam saucepan dan gunakan api kecil.

2. Masukkan serbuk milo, serbuk koko dan susu pekat sedikit-sedikit sambil gaul hingga sebati dan halus. Masukkan esen vanilla dan kacau hingga sebati.

3. Di dalam loyang yang telah dialas kertas minyak, masukkan adunan dan ratakan diikuti dengan lapisan biskut marie berselang-seli. Buat sampai habis. Akhir sekali padatkan menggunakan belakang sudu.

4. Sejukkan dalam peti ais sehingga beku kemudian hidangkan.

Mudahkan? Anda boleh cuba resepi kek batik mudah ini kat rumah... Selamat mencuba!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Kek Cawan Coklat Dengan Inti Coklat

Kek Cawan Coklat
Bagi penggemar kek cawan coklat, hari ini saya kongsikan resepinya:-

Bahan-bahannya:-
3 cawan tepung serbaguna
2/3 cawan minyak sayuran
2/3 cawan serbuk koko Hershey's
2 cawan gula
2 cawan air
2 sudu teh baking soda
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam
2 sudu besar cuka

Inti Bar Coklat
230 gram cream cheese, dilembutkan
1/3 cawan gula
1 biji telur
1/8 sudu teh garam
4 bar coklat HERSHEY'S (1.55 oz. setiap satu), potong empat.


Pukul cream cheese, gula, telur dan garam dalam mangkuk sehingga lembut dan berkrim kemudian masukkan bar coklat.

Cara-caranya:-
1. Sediakan Inti Bar Coklat.

2. Panaskan oven hingga 180°C. Sediakan cawan kek berdiameter 2½ inci dan loyang kek cawan.

3. Gaulkan bersama tepung, gula, koko,baking soda dan garam dalam mangkuk. Tambah air, minyak, cuka dan esen vanilla. Pukul dengan kelajuan sederhana selama 2 minit. Isi bahan ke dalam cawana kek hingga 2/3 penuh. Letak 1 sudu besar inti bar coklat di tengah kek cawan.

4. Bakar selamar 20 ke 25 minit atau sehingga pencucuk yang dicucuk di tengah kek keluar bersih. Sejukkan dan letak bar coklat Hershey's di tengah kek cawan.

Selamat Mencuba!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cara Buat Kek Coklat Hershey's

Kek Coklat Hershey's

Sori sebab beberapa hari tak update pasal pergi balik kampung la... Ok. Hari ni saya nak bagi resepi cara buat kek coklat Hershey's.

Bahan-Bahannya:-
2 cawan gula
1¾ cawan tepung serba guna
¾ cawan serbuk koko HERSHEY'S
1½ sudu teh baking powder
1½ sudu teh baking soda
1 sudu teh garam
2 biji telur saiz besar
1 cawan susu segar
½ cawan minyak sayuran
2 sudu teh esen vanilla
1 cawan air panas mendidih


Cara-Caranya:-
1. Panaskan oven 180°C. Grease dan tabur tepung ke dalam loyang 9 inci.

2. Gaulkan gula, tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam di dalam mangkuk. Tambah telur, susu, minyak dan esen vanilla; kemudian pukul dengan kelajuan sederhana selama 2 minit. Masukkan air panas dan pukul hingga rata. (Campuran batter akan menjadi nipis). Tuang batter ke dalam loyang.

3. Bakar selama 30 ke 35 minit atau sehingga kayu pencucuk yang dicucuk ditengah kek keluar bersih. Sejukkan dan sapu dengan coklat frosting.


Cara-cara buat Coklat Frosting:-

½ cawan butter
2/3 cawan serbuk koko HERSHEY'S
3 cawan gula serbuk/icing
1/3 cawan susu segar
1 sudu teh esen vanilla

Serbuk koko Hershey's. Ada jual kat Tesco

Cairkan butter. Masukkan serbuk koko. Kemudian secara berselang-seli masukkan gula serbuk/icing dan susu sambil pukul hingga mendapatkan konsistensi yang sesuai. Akhirnya masukkan esen vanilla dan gaul rata.

Itulah caranya buat kek coklat Hershey's. Boleh cuba ya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek Coklat Moist Kukus

Kek Coklat Moist Kukus
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda resepi kek coklat moist kukus... so, sapa2 yang nak cuba boleh cuba dan bagi tau hasilnya di sini nanti!


Bahan-bahannya

180g butter
200g gula kastor
200g susu sejat
2 biji telur dipukul dengan garpu
100g tepung gandum
50g serbuk koko
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil esen vanilla

Bahan untuk ganache
50ml susu segar 
200g coklat masak  


Cara-caranya
1. Masukkan butter, gula, susu sejat dan esen vanila ke dalam saucepan atau periuk.

Saucepan


2. Kacau bahan di atas api kecil hingga gula cair kemudian sejukkan hingga suam-suam kuku.


3. Masukkan telur yang telah dipukul ke dalam adunan dan kacau hingga sebati.

4. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan baking soda ke dalam mangkuk.

5. Masukkan adunan ke dalam campuran tepung dan kacau hingga sebati.

6. Griskan dan lapik loyang bulat 8 inci dengan kertas minyak dan masukkan campuran adunan.

7. Untuk menghilangkan gelembung udara di dalam adunan lepaskan loyang dari ketinggian 10cm beberapa kali.

8. Steam kan selama 45-55 minit atau sehingga pencucuk bersih bila dikeluarkan dari tengah kek dan sejukkan.

9. Untuk buat chocolate ganache, panaskan susu hampir menggelegak dan tutup api. Masukkan coklat masak dan kacau sehingga coklat cair.

10. Tuang chocolate ganache ke atas.

11. Sejukkan kek di dalam peti ais sebelum hidang

Itulah resepi dan cara-cara membuat kek coklat moist kukus. Selamat mencuba!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Kek Cheese Coklat Oren



Resepi Kek Cheese Coklat Oren

Hari ini saya akan memberi Resepi Kek Cheese Coklat Oren. Mudah saja untuk dibuat cuma bahan-bahanya agak mahal.

Bahan-bahannya :

75g butter, cairkan dan sedikit untuk greasing
200g biskut digestive, dipecahkan/lumatkan untuk buat base. Pakai Tesco punya macam ni pun boleh

Biskut Digestive Tesco

Untuk filling

4 biji telur besar
2 biji kuning telur
560g cream cheese
150ml double cream
140g gula kastor
Kulit oren disagat dari 1½ biji oren
4 sudu besar jus oren


Untuk topping
50g coklat perisa oren, disagat
50g coklat perisa almond, disagat

Cara-caranya :

1. Grease kan loyang spring form saiz 20cm.

Loyang Spring Form
2. Untuk buat base kek, hancurkan biskut dan butter dalam blender. Kemudian lenyekkan ke dalam loyang menggunakan sudu. Lepas tu masukkan loyang ke dalam peti ais selama 30 minit.
3. Untuk buat filling, masukkan telur, kuning telur ke dalam blender dan blend sampai sebati. Kemudian tambah cream cheese, double cream, gula, kulit oren dan jus oren dan blend hingga sebati. Masukkan semua bahan ke dalam loyang.
4. Panaskan oven sehingga 180°C dan bakar kek selama 45 minit ke sejam atau sehingga permukaan kek bertukar menjadi keperang-perangan.
5. Bila masak, tabur coklat di atas kek. Biarkan sejuk selama sejam. Boleh dihidang terus atau ditutup dengan aluminium foil dan disejukkan dalam peti ais semalaman kemudian baru dihidangkan.

Itulah Resepi Kek Cheese Coklat Oren dan cara-cara membuatnya. Selamat mencuba!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Kek Butter



Bahan-bahan

250g butter, lembutkan pada suhu bilik
1 cawan gula kastor
2 sudu teh esen vanilla
3 biji telur saiz besar
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2/3 cawan susu segar
Gula icing

Cara-caranya

1. Panaskan oven hingga 180°C. Grease dan lapik loyang 20cm dengan butter dan baking paper.

2. Pukul butter, gula kastor dan esen vanilla dengan kelajuan medium hingga ringan dan fluffy.

3. Tambah telur 1 persatu 1 sambil memukul. Kemudian tambah separuh tepung. Tambah pula susu. Ulang semula dengan tepung dan susu.

4. Masukkan bahan kedalam loyang. Bakar selama 45 minit atau sehingga penyucuk yang dicucuk ke tengah kek keluar bersih. Biarkan sejuk dan tabur gula icing di atas kek.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS