RSS

Resepi Kek Vanilla

Kek Vanila


Kek Vanila ni adalah kek ringan dan gebu kerana ia dibuat menggunakan kaedah "creaming method". Sebelum kita mulakan, saya nak kongsikan sesuatu dulu. Jika kita nak kek kita bnaik dengan sempurna gunakan baking powder dan baking soda yang fresh, jangan yang dah beli berbulan-bulan.

Bahan-bahannya:-

2 2/3 cawan tepung serbaguna
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh ​baking soda
1 sudu teh garam
1 buku unsalted butter (dibiarkan pada suhu bilik)
1 3/4 cawan gula caster
2 sudu teh esen vanilla
4 telur saiz L
1 cawan susu segar


Cara-caranya:-

1. Panaskan oven hingga 180ÂșC.
2. Gris dengan butter dan lapik loyang 9 inci dengan kertas minyak.
3. Dalam mangkuk ayak tepung, baking powder, baking soda dan garam dan letak tepi.
4. Dalam mangkuk lain pukul butter dengan kelajuan perlahan sehingga kembang.
5. Tambah gula dan esen vanilla dan pukul pada kelajuan sederhana hingga kembang (lebih kurang 10 minit).
6. Tambah telur satu persatu. Pukul lagi 5 minit sehingga dia jadi ringan dan lembut.
7. Tambah 1/4 bahagian campuran kering sambil pukul. Bila dah sebati campur 1/3 bahagian susu. Ulang sampai habis.
8. Tuang campuran ke dalam loyang dan hentak loyang untuk menghilangkan gelembung udara.
9. Bakar selama 30 ke 35 minit atau sehingga cake tester yang dicucuk ditengah kek keluar bersih.
10. Sejukkan kek dan boleh buat frosting jika mahu.

Itulah resepi kek vanilla. Cuba yek...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan