RSS

Tepung Kek Coklat Moist Yang Sesuai

Hari ini saya nak menulis tentang tepung kek coklat moist. Bagi yang baru nak buat kek coklat, tentunya tertanya-tanya tepung apa yang sesuai digunakan untuk buat kek. Biasanya saya akan menggunakan tepung kek naik sendiri jenama Bluekey. Tepung ni dah ada serbuk penaik sekali didalamnya. Anda boleh juga menggunakan tepung kek tanpa serbuk penaik. Kebanyakan kedai kek ada menjual tepung ini.

Di sini saya nak menulis tentang jenis-jenis tepung iaitu all-purpose flour, cake flour, pastry flour, bread flour dan self-rising flour.

1. All-Purpose Flour/Tepung Serbaguna

Tepung ini ialah gabungan gandum keras dan lembut yang dikisar dengan kandungan 10-12% protein. Ianya terdapat di dalam 2 versi iaitu tepung diluntur dan tidak diluntur. Tepung diluntur akan dirawat dengan agen peluntur seperti chlorine atau peroxide. Tujuannya supaya tepung menjadi putih dan memberi kembali nutrien yang hilang semasa memproses. Seperti namanya, tepung tidak diluntur adalah tidak diluntur, mempunyai warna krim dan mempunyai segala nutrien semulajadi. Kedua-dua versi tepung all-purpose ini sesuai untuk resepi-resepi seperti pai, donut, biskut, roti dan lain-lain.

2. Cake Flour/Tepung Kek

Tepung kek ialah tepung yang sangat halus dibuat daripada gandum lembut, mempunyai kandungan kanji yang tinggi dan kadar protien yang rendah lebih kurang 6-8%. Ia juga diluntur, menyebabkan struktur kanji dan lemaknya berubah dan menyebabkan tepung ini lebih berasid. Asid ini membantu kek untuk naik. Kandungan protein yang rendah memastikan kek menjadi lembut dan gebu. Cake flour/tepung kek sangat sesuai untuk membuat kek dan lain-lain makanan bakar yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Gunakan tepung ini untuk membuat cupcakes, muffins dan juga cookies.

3.Pastry Flour/Tepung Pastri

Pastry flour ini juga dihasilkan daripada gandum lembut/soft wheat dan mempunyai kadar protein diantara All-Purpose Flour/Tepung Serbaguna dan Cake Flour/Tepung Kek, lebih kurang 8-10%. Kadar sederhana ini membuatkan ia sesuai untuk pastry recipes yang memerlukan texture lembut dan rangup (terlalu banyak protein akan membuatkan dough pastry anda keras dan terlalu sedikit protein akan membuatkan dough pastry menjadi rapuh). Gunakan pastry flour/tepung pastri untuk membuat biscuits, pie doughs, brownies, cookies dan quick breads.


4.Bread Flour/Tepung Roti

Bread flour diperbuat daripada gandum keras/hard wheat dengan kadar protein lebih kurang 12-14%. Kandungan ini sesuai untuk membuat roti kerana apabila dicampur dengan air, tepung ini menjadi kenyal akibat pembentukan gluten. Ini akan memberikan chewy texture pada roti yang elok. Gunakan Bread Flour/Tepung Roti khusus untuk membuat yeast breads dan pizzas.


5.Self-Rising Flour/Tepung Naik Sendiri

Tepung ini ialah tepung dengan kadar protein yang rendah (seperti pastry flour) dan ianya dicampur garam dan baking powder. Boleh digunakan untuk membuat biscuits, quick breads, muffins dan pancakes. Anda tidak perlu menambah garam dan baking powder apabila menggunakan Self-Rising Flour/Tepung Naik Sendiri dan jangan gunakan ia untuk membuat yeast breads.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan