RSS

Resepi Kek Coklat Pisang Dengan Chocolate Ganache Frosting

Kek Coklat Pisang Dengan Chocolat Ganache Frosting

Untuk resepi kali ini, saya akan berkongsi resepi kek coklat pisang dengan chocolate ganache frosting. Kek ini sedap dan disukai oleh kanak-kanak.

Bahan-bahan untuk kek coklat pisang:

  • 400 gram gula kastor
  • 245 gram tepung serbaguna
  • 75 gram serbuk koko
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 telur besar
  • 1 cawan pisang masak, dilenyek (lebih kurang 2 pisang sederhana)
  • 240 ml air suam
  • 120 ml susu segar
  • 120 ml minyak jagung
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanila

Bahan-bahan untuk chocolate ganache frosting:

  • 227 gram coklat masak, dipotong kecil
  • 180 ml heavy whipping cream
  • 1 sudu besar unsalted butter

Cara-cara memasak kek coklat pisang

  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius
  2. Minyakkan dan lapik dengan kertas timah loyang saiz 9x13 inci
  3. Di dalam mangkuk pukul gula, tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam sehingga sebati (bahan B)
  4. Di dalam mangkuk lain pukul telur, pisang, air, susu, minyak dan esen vanila (bahan A)
  5. Campurkan bahan A dan B dan kacau hingga sebati. (campuran ini agak nipis)
  6. Tuang campuran ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 35 ke 40 minit atau sehingga cake tester yang dicucuk keluar bersih

Cara-cara membuat chocolate ganache frosting:

  1. Panaskan whipping cream dan unsalted butter menggunakan saucepan dengan api sederhana sehingga mendidih dan tutup api
  2. Masukkan coklat dan kacau sehingga sebati
  3. Apabila ganache sejuk, pukul dengan pemukul tangan (wire whisk) sehingga lembut dan gebu.
  4. Sapukan ganache di atas kek

Selamat mencuba!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Chocolate Buttercream Frosting

Resepi kali ini ialah Chocolate Buttercream Frosting dan ia sesuai untuk membuat frosting pada cupcake dan juga kek. Anda juga boleh gunakan ia untuk buat frosting pada cookies atau brownies. Sesuai dengan namanya, unsalted butter akan digunakan di dalam resepi ini.

Chocolate Buttercream Frosting

Bahan-bahannya:-

  • 1 cawan unsalted butter (dilembutkan pada suhu bilik)
  • 31/2 cawan gula icing
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 4 sudu besar susu atau heavy cream

Cara-caranya:-

  1. Pukul butter beberapa minit pada kelajuan medium dalam mangkuk. Matikan mixer.
  2. Ayak gula icing dan serbuk koko ke dalam mangkuk dan pukul dengan kelajuan paling perlahan sehingga sebati.
  3. Tukar kelajuan mixer kepada medium dan masukkan esen vanila, garam dan susu/heavy cream selama 3 minit.

Jika anda mahukan frosting anda menjadi lebih keras, tambahkan gula lagi dan jika anda mahukan ianya menjadi cair sedikit, tambahkan susu lagi. Lakukan setiap penambahan sedikit demi sedikit (satu sudu besar setiap kali)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Kek Buah Yang Mudah Dibuat

Kek Buah

Hari ini saya tak nak berkongsi resepi kek coklat moist, tapi saya nak kongsi Resepi Kek Buah Yang Mudah Dibuat. Seperti namanya, kek buah ni sangat mudah dibuat dan rasanya sedap.

Bahan-bahannya :-

  • 2 cawan gula perang
  • 3 cawan tepung serbaguna
  • 1 sudu besar baking soda
  • 2 sudu besar serbuk kulit kayu manis
  • 2 sudu besar serbuk bunga cengkih
  • 2 sudu besar serbuk allspice
  • 2 sudu besar serbuk buah pala
  • 4 biji telur saiz A (60 gram)
  • 2 sudu besar parutan kulit lemon
  • 2 sudu besar esen vanilla
  • 1/2 cawan jus buah prune
  • 1 1/2 cawan kismis
  • 1 1/2 cawan kacang badam cincang
  • 1 1/2 cawan buah campur kering
  • 1 1/2 cawan butter, dicairkan


Cara-caranya :-

  1. Panaskan oven pada suhu 175 darjah Celcius
  2. Dalam mangkuk besar, campur kesemua bahan dan gaul sehingga sebati. 
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu butter dan dilapik dengan kertas minyak dan bakar selama lebih kurang 1 jam atau sehingga cake tester yang dicucuk, keluar dengan bersih

Inilah dia Resepi Kek Buah Yang Mudah Dibuat. Kalau dah selalu buat kek coklat moist, kali ni cubalah pulak kek buah. Selamat mencuba!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tepung Kek Coklat Moist Yang Sesuai

Hari ini saya nak menulis tentang tepung kek coklat moist. Bagi yang baru nak buat kek coklat, tentunya tertanya-tanya tepung apa yang sesuai digunakan untuk buat kek. Biasanya saya akan menggunakan tepung kek naik sendiri jenama Bluekey. Tepung ni dah ada serbuk penaik sekali didalamnya. Anda boleh juga menggunakan tepung kek tanpa serbuk penaik. Kebanyakan kedai kek ada menjual tepung ini.

Di sini saya nak menulis tentang jenis-jenis tepung iaitu all-purpose flour, cake flour, pastry flour, bread flour dan self-rising flour.

1. All-Purpose Flour/Tepung Serbaguna

Tepung ini ialah gabungan gandum keras dan lembut yang dikisar dengan kandungan 10-12% protein. Ianya terdapat di dalam 2 versi iaitu tepung diluntur dan tidak diluntur. Tepung diluntur akan dirawat dengan agen peluntur seperti chlorine atau peroxide. Tujuannya supaya tepung menjadi putih dan memberi kembali nutrien yang hilang semasa memproses. Seperti namanya, tepung tidak diluntur adalah tidak diluntur, mempunyai warna krim dan mempunyai segala nutrien semulajadi. Kedua-dua versi tepung all-purpose ini sesuai untuk resepi-resepi seperti pai, donut, biskut, roti dan lain-lain.

2. Cake Flour/Tepung Kek

Tepung kek ialah tepung yang sangat halus dibuat daripada gandum lembut, mempunyai kandungan kanji yang tinggi dan kadar protien yang rendah lebih kurang 6-8%. Ia juga diluntur, menyebabkan struktur kanji dan lemaknya berubah dan menyebabkan tepung ini lebih berasid. Asid ini membantu kek untuk naik. Kandungan protein yang rendah memastikan kek menjadi lembut dan gebu. Cake flour/tepung kek sangat sesuai untuk membuat kek dan lain-lain makanan bakar yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Gunakan tepung ini untuk membuat cupcakes, muffins dan juga cookies.

3.Pastry Flour/Tepung Pastri

Pastry flour ini juga dihasilkan daripada gandum lembut/soft wheat dan mempunyai kadar protein diantara All-Purpose Flour/Tepung Serbaguna dan Cake Flour/Tepung Kek, lebih kurang 8-10%. Kadar sederhana ini membuatkan ia sesuai untuk pastry recipes yang memerlukan texture lembut dan rangup (terlalu banyak protein akan membuatkan dough pastry anda keras dan terlalu sedikit protein akan membuatkan dough pastry menjadi rapuh). Gunakan pastry flour/tepung pastri untuk membuat biscuits, pie doughs, brownies, cookies dan quick breads.


4.Bread Flour/Tepung Roti

Bread flour diperbuat daripada gandum keras/hard wheat dengan kadar protein lebih kurang 12-14%. Kandungan ini sesuai untuk membuat roti kerana apabila dicampur dengan air, tepung ini menjadi kenyal akibat pembentukan gluten. Ini akan memberikan chewy texture pada roti yang elok. Gunakan Bread Flour/Tepung Roti khusus untuk membuat yeast breads dan pizzas.


5.Self-Rising Flour/Tepung Naik Sendiri

Tepung ini ialah tepung dengan kadar protein yang rendah (seperti pastry flour) dan ianya dicampur garam dan baking powder. Boleh digunakan untuk membuat biscuits, quick breads, muffins dan pancakes. Anda tidak perlu menambah garam dan baking powder apabila menggunakan Self-Rising Flour/Tepung Naik Sendiri dan jangan gunakan ia untuk membuat yeast breads.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS