RSS

Saya suka makan kek coklat moist...

Saya suka makan kek coklat moist.

Itulah tajuk entri saya kali ini. Seingat saya, dari umur saya belasan tahun saya dah mula menceburi bidang makan kek coklat. Masa tu kek-kek yang saya makan biasanya kek yang mak saya beli atau kek harijadi kawan-kawan. Nak beli sendiri, duit tak ada. Jadi kenalah makan yang free saja.

Bila saya mula bekerja, barulah saya makan kek yang saya beli sendiri. Saya cuba bermacam-macam jenis kek dari pelbagai kedai kek. Entah kenapa, saya memang suka makan kek. Oh... aiskrim pun saya suka, terutama sekali aiskrim magnum, peghhh.... nikmat! Tapi itu cerita aiskrim, lain kali saya cerita, blog ni pasal kek.

Jadi setelah berkali-kali mencuba pelbagai jenis kek, akhirnya saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya buat kek. Kebetulan pulak saya dapat hadiah oven percuma dari Bonuslink, makin berkobar semangat saya. Kebetulan juga tak berapa lama lepas tu saya mendapat resepi pertama saya, iaitu resepi kek coklat moist dari seorang kawan.

Dengan resepi itu saya pergi ke kedai menjual barangan kek mencari barang-barang keperluan memasak kek seperti spatula, loyang, serbuk coklat, butter, chocolate rice dan sebagainya. Kali pertama masuk ke kedai tersebut, saya rasa macam bodoh lah pulak. Tak tahu nak cari apa. Ada saya dapat maklumat yang saya kena lembabkan loyang, tapi lembabkan dengan apa pun saya tak tahu. Tapi senarai barang ada saya bawa sekali. Jadi saya pun hantam sajalah, beli mengikut senarai, yang tak ada dalam senarai tapi perlu seperti kertas timah, saya tak beli.

Oh ya, sebelum saya terlupa, berikut adalah resepi kek coklat moist tersebut dan cara membuatnya :

Bahan A
1 cawan air suam kuku (jangan air panas)
1 cawan serbuk koko (jangan padatkan)
1 cawan gula kastor  (jangan padatkan)

Bahan B
1 buku buttercup (250gm)
1 cawan gula kastor  (jangan padatkan)
5 biji telur saiz A
2 cawan tepung naik sendiri (Kalau yang tak tau tu, cari tepung kek Bluekey, kat kedai runcit pun ada)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder

Cara-caranya :

1. Gaul Bahan A hingga sebati.
2. Pukul buttercup dengan gula kastor hingga warna jadi keputihan. Pukul menggunakan mesin pukul kek, jangan gunakan garfu. (Ada kawan saya yang pukul dengan garfu, dan kek dia tak naik bila masak... hehe)
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit
5. Masukkan Bahan A
6. Masukkan esen vanila dan baking powder
7. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan dahulu lebih kurang sepuluh minit pada suhu 180 darjah celcius. Masanya lebih kurang 30-1 jam.
8. Jangan buka oven sebelum 30 minit.

Untuk topping dia pulak :

1 cawan air
1 cawan sebuk coklat
1 cawan gula
2 sudu besar jagung
3 sudu besar butter

Campurkan semua bahan di atas dan masak. Kacau sehingga campuran tu pekat. Kepekatan tu bergantung pada selera masing-masing, begitu juga kemanisan dia. Adjust ikut rasa. Ukuran di atas sebagai guideline sahaja. Lepas masak, tuang topping ke atas kek dan hidang.

Berbalik kepada kisah saya, setelah saya balik dan cuba untuk membuat kek, baru saya tahu banyak barang yang saya tak beli. Jadi bagi sesiapa yang baru first time nak buat kek, saya syorkan beli benda-benda ni dulu :



1. Loyang.
Loyang ni ada banyak saiz, jadi ukur dulu dalam oven lepas tu baru beli loyang. Loyang mestilah lebih kecil daripada oven. Kalau nanti nak buat kek keju, beli jugak loyang yang boleh bukak bawah/tepi

2. Kertas Timah
Saya tak tau kenapa orang panggil kertas timah, tapi kertas yang saya beli ialah kertas balut buku yang warna perang tu tau kertas warna putih. Guna kertas ini ialah untuk memastikan kek tak lekat pada loyang

3. Spatula
Spatula atau sudip ini digunakan untuk kaut kek dari bekas pemukul ke dalam loyang. Beli yang plastik dan kayu

4. Cake Tester
Cake tester ni untuk cucuk kek untuk mengetahui samada kek dah masak ke belum

5. Sukat
Sukat ada bermacam-macam. Ada yang dibuat daripada plastik dan ada daripad besi. Beli yang ada sukatan untuk cawan hingga sudu teh

6. Alas Kek
Alas kek ni dibuat daripada cardboard dan biasanya berwarna emas atau silver dan berbentuk bulat atau segiempat. Gunanya untuk meletak kek

7. Berus
Salah satu kegunaan berus ialah untuk menyapu butter pada loyang supaya kertas timah/kek tak melekat pada loyang

Barang-barang kat atas ni wajib kena ada. Jangan jadi macam saya, bila balik rumah, barang tak lengkap, dah kena patah balik ke kedai.

Satu lagi yang saya nak bagi tau ialah ikut resepi betul-betul. Kalau tak jadi, mungkin sebab masa masak hati tengah marah, tak ikut resepi atau resepi yang anda dapat tak betul. Untuk resepi yang betul, saya syorkan CD Sensasi Kek Coklat di mana resepinya disediakan oleh Puan Shida, seorang surirumah yang menjalankan perniagaan bakeri dari rumah. Sebelum menghasilkan CD Kek Coklat ini, syarikat beliau iaitu Future Business Network (FBN) telahpun membuat CD Coklat Buatan Tangan dan CD Perniagaan Cupcake sebelum ini.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS