RSS

Resepi Kek Coklat Basah Dan Chocolate Frosting

Resepi kali ini ialah resepi kek coklat basah dan choclate frosting. Resepi ini saya dapat daripada internet dan saya belum cuba lagi. So, bagi sesiapa yang nak cuba, boleh cuba dan bagi tau macam mana rasanya. 

Bahan-bahan kek


  1. 1 1/2 cawan butter tanpa garam 
  2. Sedikit butter untuk minyak loyang
  3. 3/4 cawan serbuk koko van houten 
  4. Sedikit serbuk koko untuk tabur dalam loyang
  5. 1/2 cawan air panas
  6. 2 1/4 cawan gula kastor
  7. 1 sudu besar esen vanilla 
  8. 4 telur saiz A, di pukul dengan garfu
  9. 3 cawan tepung kek diayak (bukan self-rising
  10. 1 sudu teh baking soda
  11. 1/2 sudu teh garam
  12. 1 cawan susu segar

Cara membuatnya

  1. Panaskan dahulu oven pada suhu 175 darjah celcius. 
  2. Minyakkan loyang kek saiz 8 inci dengan butter, letak kertas minyak di bahagian bawah loyang dan taburkan serbuk koko pada bahagian tepi dan bawah loyang. Kemudian buang lebihan serbuk koko
  3. Ayak serbuk koko ke dalam mangkuk, masukkan air panas dan kacau hingga sebati. Biar sejuk
  4. Pukul butter dengan kelajuan rendah hingga ringan dan empuk
  5. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga ringan dan empuk
  6. Masukkan esen vanilla
  7. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul 
  8. Dalam mangkuk lain ayak tepung, baking soda dan garam
  9. Masukkan susu ke dalam bahan koko sambil pukul
  10. Kemudian sambil memukul masukkan bahan tepung dan  bahan koko berselang seli ke dalam bancuhan butter dimulai dan diakhiri dengan bahan tepung
  11. Bakar kek selama 35 hingga 45 minit atau sehingga kek masak. Cucuk tengah kek dengan cake tester untuk mengetahui kek dah masak atau belum. Bila dah masak sejukkan kek terlebih dahulu sebelum bubuh chocolate frosting

Bahan-bahan Chocolate Frosting

  1. 700 gm semisweet chocolate 
  2. 4 cawan whipping cream
  3. 1 sudu teh light corn syrup

Cara membuatnya

  1. Campurkan chocolate dan cream dalam saucepan. Masak dengan api kecil sambil mengacau selalu selama lebih kurang 25 minit. Besarkan api menjadi sederhana dan kacau lagi selama 3 minit. Sejukkan
  2. Masukkan corn syrup dan kacau. Pindahkan frosting ke mangkuk lain dan sejukkan selama lebih kurang 2 jam. Dalam masa itu kacau frosting setiap 15-20 minit. Bila dah siap, guna terus pada kek


Inilah dia resepi kek coklat basah dan choclate frosting yang saya tak cuba lagi. Jadi yang akan cuba jangan lupa bagi komen kat sini...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Kek Cawan Coklat Tanpa Tepung

Baru-baru ini, saya pergi makan di kedai berhampiran dengan pejabat saya dan ternampak chocolate cupcake yang dijual di kedai tersebut. Terus saya teringat satu resepi kek cawan coklat yang lain sikit dari yang lain. Kek cawan ini dibuat tanpa menggunakan tepung dan bila kek ini bila dah siap, dia jadi macam cupcake yang lain-lain juga. Resepi ini saya dapat daripada kawan saya

Berikut adalah resepinya dan untuk bancuhan ini boleh dibuat lebih kurang 9 cupcake.

Bahan-bahannya

  1. 20g serbuk koko (diayak)
  2. 65ml air panas
  3. 75g coklat bar (dicairkan)
  4. 75g buttercup (dicairkan)
  5. 120g gula perang
  6. 65g serbuk kacang almond
  7. 2 biji telur saiz A (pisahkan kuning telur dan putih telur)
  8. Chocolate rice untuk hiasan atas

Cara-caranya

  1. Campur air panas dan serbuk koko dan kacau sehingga sebati
  2. Masukkan coklat bar, buttercup, gula perang, kacang almond dan kacau hingga sebati
  3. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul
  4. Dalam mangkuk lain pukul putih telur hingga naik
  5. Campurkan bahan coklat dengan putih telur dan kacau hingga sebati
  6. Masukkan bahan ke dalam paper cup dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175 darjah celcius selama 30 hingga 45 minit. Cucuk tengah kek untuk mengetahui kek sudah masak atau belum

Bagi sesiapa yang belum pernah cuba kek tanpa tepung, bolehlah mencuba resepi  kek cawan coklat tanpa tepung ini. Lepas tu bolehlah bagi komen anda tentang resepi ini di ruangan komen di bawah. Selamat mencuba!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Dan Cara Membuat Topping Kek Coklat

Kebanyakan kek memerlukan topping untuk melengkapkan kek tersebut. Tidak ketinggalan juga kek coklat yang memerlukan topping untuk melengkapkannya. Ada bermacam-macam jenis topping. Ada orang yang cuma letak buah blueberry sebagai topping, ada yang letak jem oren, ada yang letak icing dan bermacam lagi. Untuk posting kali ini saya akan menunjukkan cara membuat topping kek coklat dari jenis chocolate frosting. 

Bahan-bahan untuk topping ini ialah :- 

1/2 cawan buttercup (butter jenama lain pun boleh pakai) 
2/3 cawan serbuk koko (boleh guna Hershey, Van Houten atau serbuk koko yang biasa terdapat di kedai bakeri) 
3 cawan gula kastor 
1/3 cawan susu segar 
1 sudu teh esen vanila (kalau anda suka, boleh ganti dengan esen oren atau lain-lain esen yang anda suka) 

Cara-caranya :- 

1. Cairkan buttercup 
2. Masukkan serbuk koko dan kacau 
3. Masukkan gula kastor dan susu segar secara berselang-seli sambil pukul 
4. Masukkan esen vanila 

Bila dah siap topping ni bolehlah disapukan di atas kek coklat atau kek cawan anda. Begitulah cara membuat topping kek coklat dari jenis chocolate frosting.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya suka makan kek coklat moist...

Saya suka makan kek coklat moist.

Itulah tajuk entri saya kali ini. Seingat saya, dari umur saya belasan tahun saya dah mula menceburi bidang makan kek coklat. Masa tu kek-kek yang saya makan biasanya kek yang mak saya beli atau kek harijadi kawan-kawan. Nak beli sendiri, duit tak ada. Jadi kenalah makan yang free saja.

Bila saya mula bekerja, barulah saya makan kek yang saya beli sendiri. Saya cuba bermacam-macam jenis kek dari pelbagai kedai kek. Entah kenapa, saya memang suka makan kek. Oh... aiskrim pun saya suka, terutama sekali aiskrim magnum, peghhh.... nikmat! Tapi itu cerita aiskrim, lain kali saya cerita, blog ni pasal kek.

Jadi setelah berkali-kali mencuba pelbagai jenis kek, akhirnya saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya buat kek. Kebetulan pulak saya dapat hadiah oven percuma dari Bonuslink, makin berkobar semangat saya. Kebetulan juga tak berapa lama lepas tu saya mendapat resepi pertama saya, iaitu resepi kek coklat moist dari seorang kawan.

Dengan resepi itu saya pergi ke kedai menjual barangan kek mencari barang-barang keperluan memasak kek seperti spatula, loyang, serbuk coklat, butter, chocolate rice dan sebagainya. Kali pertama masuk ke kedai tersebut, saya rasa macam bodoh lah pulak. Tak tahu nak cari apa. Ada saya dapat maklumat yang saya kena lembabkan loyang, tapi lembabkan dengan apa pun saya tak tahu. Tapi senarai barang ada saya bawa sekali. Jadi saya pun hantam sajalah, beli mengikut senarai, yang tak ada dalam senarai tapi perlu seperti kertas timah, saya tak beli.

Oh ya, sebelum saya terlupa, berikut adalah resepi kek coklat moist tersebut dan cara membuatnya :

Bahan A
1 cawan air suam kuku (jangan air panas)
1 cawan serbuk koko (jangan padatkan)
1 cawan gula kastor  (jangan padatkan)

Bahan B
1 buku buttercup (250gm)
1 cawan gula kastor  (jangan padatkan)
5 biji telur saiz A
2 cawan tepung naik sendiri (Kalau yang tak tau tu, cari tepung kek Bluekey, kat kedai runcit pun ada)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder

Cara-caranya :

1. Gaul Bahan A hingga sebati.
2. Pukul buttercup dengan gula kastor hingga warna jadi keputihan. Pukul menggunakan mesin pukul kek, jangan gunakan garfu. (Ada kawan saya yang pukul dengan garfu, dan kek dia tak naik bila masak... hehe)
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit
5. Masukkan Bahan A
6. Masukkan esen vanila dan baking powder
7. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan dahulu lebih kurang sepuluh minit pada suhu 180 darjah celcius. Masanya lebih kurang 30-1 jam.
8. Jangan buka oven sebelum 30 minit.

Untuk topping dia pulak :

1 cawan air
1 cawan sebuk coklat
1 cawan gula
2 sudu besar jagung
3 sudu besar butter

Campurkan semua bahan di atas dan masak. Kacau sehingga campuran tu pekat. Kepekatan tu bergantung pada selera masing-masing, begitu juga kemanisan dia. Adjust ikut rasa. Ukuran di atas sebagai guideline sahaja. Lepas masak, tuang topping ke atas kek dan hidang.

Berbalik kepada kisah saya, setelah saya balik dan cuba untuk membuat kek, baru saya tahu banyak barang yang saya tak beli. Jadi bagi sesiapa yang baru first time nak buat kek, saya syorkan beli benda-benda ni dulu :



1. Loyang.
Loyang ni ada banyak saiz, jadi ukur dulu dalam oven lepas tu baru beli loyang. Loyang mestilah lebih kecil daripada oven. Kalau nanti nak buat kek keju, beli jugak loyang yang boleh bukak bawah/tepi

2. Kertas Timah
Saya tak tau kenapa orang panggil kertas timah, tapi kertas yang saya beli ialah kertas balut buku yang warna perang tu tau kertas warna putih. Guna kertas ini ialah untuk memastikan kek tak lekat pada loyang

3. Spatula
Spatula atau sudip ini digunakan untuk kaut kek dari bekas pemukul ke dalam loyang. Beli yang plastik dan kayu

4. Cake Tester
Cake tester ni untuk cucuk kek untuk mengetahui samada kek dah masak ke belum

5. Sukat
Sukat ada bermacam-macam. Ada yang dibuat daripada plastik dan ada daripad besi. Beli yang ada sukatan untuk cawan hingga sudu teh

6. Alas Kek
Alas kek ni dibuat daripada cardboard dan biasanya berwarna emas atau silver dan berbentuk bulat atau segiempat. Gunanya untuk meletak kek

7. Berus
Salah satu kegunaan berus ialah untuk menyapu butter pada loyang supaya kertas timah/kek tak melekat pada loyang

Barang-barang kat atas ni wajib kena ada. Jangan jadi macam saya, bila balik rumah, barang tak lengkap, dah kena patah balik ke kedai.

Satu lagi yang saya nak bagi tau ialah ikut resepi betul-betul. Kalau tak jadi, mungkin sebab masa masak hati tengah marah, tak ikut resepi atau resepi yang anda dapat tak betul. Untuk resepi yang betul, saya syorkan CD Sensasi Kek Coklat di mana resepinya disediakan oleh Puan Shida, seorang surirumah yang menjalankan perniagaan bakeri dari rumah. Sebelum menghasilkan CD Kek Coklat ini, syarikat beliau iaitu Future Business Network (FBN) telahpun membuat CD Coklat Buatan Tangan dan CD Perniagaan Cupcake sebelum ini.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS