RSS

Kek Epal

Kek Epal
Hari ni jom kita buat Kek Epal.

Bahan-bahannya

Untuk Kek:

1/4 cawan butter, dilembutkan pada suhu bilik
3/4 cawan gula perang
1 biji telur saiz L
1/4 cawan sour cream
1/4 cawan vanilla yogurt
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan tepung serbaguna
3/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
2 cawan epal, didadu

Untuk Topping:

1/4 cawan gula perang
1/4 cawan tepung serbaguna
2 sudu besar butter
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis


Cara-caranya:-

1. Panaskan oven ke 180ºC. Gris, tepungkan dan lapik dengan kertas minyak loyang empat segi saiz 8 inci.

2. Pukul 1/4 cawan butter dan 3/4 cawan gula perang sampai kembang. Masukkan telur sambil pukul. Masukkan sour cream, vanilla yogurt dan esen vanilla dan pukul sampai sebati.

3. Dalam bekas lain campur dan gaul 1 cawan tepung, 3/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis, baking soda dan garam. Masukkan bahan ke dalam campuran butter dan pukul hingga sebati. Masukkan epal dan gaul. Masukkan bahan ke dalam loyang.

4. Bakar selama 35 ke 40 minit atau sehingga cake tester keluar bersih bila dicucuk kat tengah kek. Sejukkan kek.

5. Campur 1/4 cawan gula perang, 1/4 cawan tepung, 2 sudu besar butter dan 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis dalam mangkuk dan kacau guna garfu sampai jadi macam serbuk kasar. Renjiskan bahan atas kek sebagai topping.

Selamat mencuba kek epal ni...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Kek Vanilla

Kek Vanila


Kek Vanila ni adalah kek ringan dan gebu kerana ia dibuat menggunakan kaedah "creaming method". Sebelum kita mulakan, saya nak kongsikan sesuatu dulu. Jika kita nak kek kita bnaik dengan sempurna gunakan baking powder dan baking soda yang fresh, jangan yang dah beli berbulan-bulan.

Bahan-bahannya:-

2 2/3 cawan tepung serbaguna
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh ​baking soda
1 sudu teh garam
1 buku unsalted butter (dibiarkan pada suhu bilik)
1 3/4 cawan gula caster
2 sudu teh esen vanilla
4 telur saiz L
1 cawan susu segar


Cara-caranya:-

1. Panaskan oven hingga 180ºC.
2. Gris dengan butter dan lapik loyang 9 inci dengan kertas minyak.
3. Dalam mangkuk ayak tepung, baking powder, baking soda dan garam dan letak tepi.
4. Dalam mangkuk lain pukul butter dengan kelajuan perlahan sehingga kembang.
5. Tambah gula dan esen vanilla dan pukul pada kelajuan sederhana hingga kembang (lebih kurang 10 minit).
6. Tambah telur satu persatu. Pukul lagi 5 minit sehingga dia jadi ringan dan lembut.
7. Tambah 1/4 bahagian campuran kering sambil pukul. Bila dah sebati campur 1/3 bahagian susu. Ulang sampai habis.
8. Tuang campuran ke dalam loyang dan hentak loyang untuk menghilangkan gelembung udara.
9. Bakar selama 30 ke 35 minit atau sehingga cake tester yang dicucuk ditengah kek keluar bersih.
10. Sejukkan kek dan boleh buat frosting jika mahu.

Itulah resepi kek vanilla. Cuba yek...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS